Flying Fox di Melangkap Kota Belud, Sabah
Hai semua!
Pada 4
Februari 2018 yang lalu, saya dan kawan-kawan pergi ke Melangkap yang terletak
di Kota Belud, Sabah. Kami direct ke sana selepas trip di Semporna. Kalau kamu
mau baca pasal trip kami di Semporna yang sangat best, sila klik link di bawah.
Oh ya,
sebelum saya cerita pasal apa yang kami buat di Melangkap, saya mau share
tempat penginapan yang terbaik di Melangkap. Kalau kamu curious mau tau, sila
klik link di bawah. Yihaaa!
Melangkap ni
ialah satu tempat di Kota Belud yang mempunyai banyak tempat pelancongan
terbaik di Sabah. Di sinilah tempat yang paling ngam untuk berselfie dengan
Gunung Kinabalu. Lepas tu sungai-sungai di sini pun cantik. Jernih dan sejuk.
Suasana pun damai. Ngam untuk release stress.
Salah satu
aktiviti yang kami buat di sini ialah flying fox. Mesti kamu tidak percaya kan
ada flying fox di Kota Belud. Kami pun kebaruan bila tau ada ni aktiviti.
Tinggi platform Borneo Bayau Flying Fox ni ialah 50 meter dan panjang dari
starting ke finishing ialah 340 meter. Well, mungkin agak rendah, tapi bila kau
berada di atas, bulih bergegar juga tu kaki. Degupan jantung pun pandai laju
*insert emoticon ketawa sambil menangis*.
Bayaran
yuran untuk berflying fox ialah RM50.00. Mula-mula, saya dua hati mau pigi sebab mahal. Tapi, bila fikir, kalau bukan sekarang bila lagi kan.
So, berbekalkan duit yang semakin menipis dalam dompet, saya pun kuatkan
semangat untuk join ini barang.
Pandangan
depan di Borneo Bayau Flying Fox. Maaf, abam cuma pakai boxer. Tapi, ada pakai
brief juga yer!
Kami sedang mendaftar
Sesi
taklimat. Bulih tahan juga oh sebab sumandak yang urus kami di atas. Dia bagi
tau yang semua alat-alat yang mereka guna sangat berkualiti dan bukan cap ayam.
Okey, itu buat saya sedikit sebanyak yakin
Mereka
excited tapi dalam hati siapa tahu kan? Confirm masing-masing nervous
Getting
ready. Jangan tersilap pegang ya sis
We are so
ready *tapi tu jantung dup dap dup dap berabis*
Di bawah ini ialah antara beberapa gambar time departure. Segala jenis teriakan dan jeritan ada.
Pitching Mariah Carey, Beyonce, Celion Dion semua kedengaran. It was fun. Sangat enjoy.
Okey, yang di bawah ini pula ialah saya. Mula-mula, time berdiri di platform tu sangat nervous. Air liur pun
susah mau telan. Biasalah first timer kan. Then, time berlepas wow! Ada jugalah
TER-teriak sikit. TER ya. Lepas tu, okey sudah. Memang lawalah pemandangan dari
atas. Boleh nampak Gunung Kinabalu lagi kalau cuaca cerah. Jangan saja kamu
tutup mata sepanjang berflying fox. Rugi oh.
I should say
yang memang berbaloi buat aktiviti ni sebab lain dari yang lain. Lagipun bukan
selalu. So recommended. Walaupun yuran agak mahal, tapi puas hati. Kamu harus
cuba okey?
Ini ialah antara wajah-wajah kepuasan yang maksima di finishing point. Sangat best!
Ada lagi dua orang tapi tiada gambar mereka di tempat saya...huhu...
Nah, kami
dapat sijil lepas buat ni aktiviti. Bolehlah nanti kasi tunjuk sama anak cucu
cicit yang kami pernah buat ni aktiviti…hiks
See you
again Borneo Bayau Flying Fox!
* * * * *
Borneo Bayau Flying Fox
Bayaran: RM50.00
Masa: Pukul 7.00 pagi - 5.00 petang (Setiap hari)
Facebook: Borneo Bayau Flying Fox
* * * * *
Borneo Bayau Flying Fox
Bayaran: RM50.00
Masa: Pukul 7.00 pagi - 5.00 petang (Setiap hari)
Facebook: Borneo Bayau Flying Fox
Terima kasih
kerana membaca
0 comments